HOT AIR STILL BLOWING OVER BUKIT ANTARABANGSA?
Pakar-pakar geologi dan alam sekitar berkerumun di kawasan tanah runtuh di Bukit Antarabangsa untuk memulakan siasatan minggu ini bagi mengenalpasti punca tragedi pada 6 Disember lepas yang meranapkan 14 buah kediaman, mengorbankan nyawa empat penghuninya dan memaksa ribuan penduduk di kejiranan sekitarnya berpindah ke kawasan selamat. Hasil siasatan itu dan langkah-langkah keselamatan yang bakal dicadangkan hanya akan diketahui tiga bulan lagi. Sehingga itu, lima kawasan di sekitar lokasi tanah runtuh itu ditakrifkan sebagai Zon Merah yang amat berbahaya. Sekali lagi kajian akan tertumpu kepada kawasan yang sebelum ini telahpun dikenalpasti sebagai sebahagian daripada jalur gelinciran bumi semulajadi di Semenanjung Malaysia yang disebabkan oleh pergerakan tektonik jutaan tahun dahulu. Ini dirumuskan dalam laporan siasatan tragedi runtuhan Kondominium Highland Towers yang terletak di lereng sebelah selatan Bukit Antarabangsa, tidak sampai dua kilometer dari lokasi tanah runtuh hujung m...